







Bermula sesat di rumah, ular kini jadi teman sekelurganya
Cinta Budak Ular
PHNOM PENH - Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pesawah Khuorn Sam 01 dan isterinya, tidak menjangka suatu hari anaknya akan bermain dengan seekor ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 100 kilogram. Malah mereka tidak bimbang melihat anak lelaki berusia tujuh tahun, Uorn Sam-bath sering tidur bersama dalam lingkaran besar sawa betina itu selain menunggang, mencium dan menyapu bedak pada ular tersebut. "Ada hubungan rapat antara mereka," jelas Sam 01. "Anak saya sudah pun bermain dengan ular itu sewaktu reptilia tersebut masih lagi usia bayi bahkan mereka juga pernah tidur bersama di dalam satu buaian." Hari ini, budak lelaki itu dan ularnya menjadi tarikan para pelancong berkunjung ke Kampung Setbo, yang terletak 20 kilometer dari selatan ibu kota Kemboja, Phnom Penh; dan menjadi sumber pendapatan penduduk. "Masyarakat kadang-kala memanggil budak itu dan ularnya seperti suami isteri," kata Cheng Raem, jiran berusia 48 tahun. "Mungkin juga mereka pernah menjadi suami isteri daripada 'alam' kehidupan lain." Kanak-kanak itu dan ularnya membesar bersama sejak reptilia tersebut tersesat memasuki rumah keluarga itu waktu Uorn Sambath berumur tiga bulan. Ibunya, Kim Kannara, 39, menjumpai ular itu sebesar ibu jari. Ketika itu, ular tersebut melingkar keletihan di bawah sekeping tikar buluh di katil. Sam Ol segera membuang anak ular itu di semak dekat sebatang sungai namun suatu pagi selepas dua minggu, ia muncul semula. Beliau memutuskan untuk memelihara ular tersebut dan menamakannya sebagai Chamroeun yang dalam bahasa Kemboja membawa maksud kemajuan malah keluarga itu percaya ular itu melambangkan suatu semangat magis. Bagi masyarakat tempatan, ular difahami sebagai simbol perlindungan kepada sesebuah keluarga daripada penyakit. Tidak hairanlah, ular itu turut dipelihara dalam sebuah bilik khas seluas tiga meter persegi. PIHAK polis tempatan pernah datang ke rumah SamOl untuk merampas ular mengambil gambar sebagai kenang-kenangan mereka selepas melihat aksi un la roen jadi tempat Sam 01 sekeluarga 'sersEmbahvang kepada ular itu bagi memohon restu agar mereka sentiasa sihat sejahtera dan selamat. Uniknya, ular tersebut kini juga semakin rapat dengan Uorn. Bahkan anak lelaki daripada empat berat itu tidak pernah sekalipun dicederakan oiefc ular berkenaan. Senario tersebut diantara seorang pakar ular dari Rusia yang menetap di Kemboja, Nikolai Doroshenko. Menurutnya, ular sawa amat jarang menyerang manusia kecuali diacah malah marbahaya jika membenarkan kanak-kanak bermain dengan reptilia saiz besar itu yang mampu membelit dan meremukkan tulang. Doroshenko yang menguruskan Snake-e, sebuah rumah koleksi dengan pelbagai jenis ular dan reptilia lain di bandar Sihanoukville di barat daya Kemboja, terpegun melihat aksi keluarga ular tersebut. Namun sifat Chamroeun - yang perlu diangkut tiga lelaki dewasa makan 22 kilogram daging ayam seminggu, mungkin menambahkan beban kewangan kepada keluarga miskin seperti Sam 01 yang cuma hidup dengan bersawah. Biarpun kadang-kadang terkilan memberi makan tikus dan ayam hidup yang bertentangan dengan larangan ajaran Buddha terhadap penganutnya membunuh benda bernyawa, bagi Sam 01, ular itu banyak memakbulkan doanya untuk ber- henti daripada memakan daging haiwan. "Saya tidak akan membenarkan sesiapa pun merampas ular ini daripada keluarga kami malah saya juga amat sayangkan ular ini," ikrar anaknya, Uorn Sambath sambil mencium mesra kepala haiwan peliharaannya itu. - AP sumber akbar kosmo..
No comments:
Post a Comment