MUMMiA 2,300 TAHUN
dipamir di sifatkan paling cantik di temui
dipamir di sifatkan paling cantik di temui
MUMIA berusia 2,300 tahun yang dalam keadaan amat baik, dengan topeng berwarna keemasan dan ditutupi dengan imej melambangkan *dewa-dewi,' dipamerkan kepada media buat kali pertama di kompleks Piramid Saqqara selatan Kaherah,
Mumia yang tidak dienali itu, dipercayai berasal dari di nastj ke-30 pemerintahan Firaun, ditutup dengan keranda kayu dan ditanam di dalam pasir sedalam enam meter, sebelum ditemui pasukan arkeologi Mesir baru-baru ini.
"Kami menemui mumia yang mungkin paling cantik pernah di temui di Mesir," kata Zahi Hawass, ketua Pengarah Majlis Tertinggi Muzium negara itu, sambil beliau membantu kakitangannya membersihkan mumia berkenaan untuk ditunjukkan kepada media.
Menurutnya, pakar mumia negara itu akan menggunakan teknologi pengimbasan CT dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung identiti mumia itu, khususnya mengenai tahun ia hidup dan mati.
Mumia itu kemudian akan dipamerkan di Muzium Imhotep, arkikek terkenal yangmereka bentukv Piramid Stepped,' piramid tertua Mesir.
Mumia terbaru itu, yang ditemui dua bulan lalu, ditutup dari kepala hingga ke hujung kaki dengan bahan kelengkapan pengebumian berwarna-warni dan dihiasi pelbagai gambaran graiik Dewa Ma-at.'
Grafik lain yang turut dida-pati pada mumia itu ialah em-pat anak Dewa Horus, gambaran penyembahan dan pemerosesan untuk memumiakan orang di dalamnya.
Menurut Hawass, pihaknya percaya mumia berkenaan berasal dari keluarga yang kaya-raya, berdasarkan lokasi pengebumiannya dan emas halus yang digunakan untuk membuat topeng mumia itu,
"Artis yang membuat mumia ini lebih 2,000 tahun lalu mempamerkan kecemerlangan masyarakat Mesir kuno dalam menggunakan warna yang mengasyikkan dan pembuatan grafik yang begitu menarik," kata Hawass.
Mumia itu dikebumikan di tanah perkuburan Raja Teti, kawasan yang mempunyai beberapa bilik perkuburan, "pintu palsu' yang dipercayai masyarakat Mesir kuno akan digunakan si mati untuk meninggalkan kubur mereka, sertakuil.
Tanah perkuburan itu, dibuat selari dengan Piramid Raja Teti, yang memerintah ketika dinasti keenam Mesir Kuno, lebih 4,300 tahun lalu.
Hawass juga berkata, sebuah piramid yang hilang' kini sudah ditemui di kawasan Saqqara dan afcan dibongkar dalam tempoh dua bulan lagi. -AP
No comments:
Post a Comment