SABRI dan Che Bashah bersama ular sawa seberat 30kilogram yang menyerikan majlis persandingan merekadi Tanjung Tokong, Georgetown, semalam. – Gambaroleh Fariz Iswadi
GEORGETOWN: Seorang penjinak ular, Sabri Abdul Aziz dan pasangannya, Che Bashah Addnan memecah tradisi persandingan masyarakat Melayu apabila bersanding bersama seekor ular sawa seberat 30 kilogram.Majlis di rumah pengantin lelaki di Tanjung Tokong dekat sini pada jam 2 petang itu menarik perhatian ramai kerana keunikannya dan mungkin belum pernah dilakukan sebelum ini.Sabri, 27, berkata majlis persandingan unik itu dilakukan dengan persetujuan isteri dan anggota keluarga yang memahami keakrabannya ular sawa yang dipelihara.
Pada majlis persandingan itu, ular sawa sepanjang kira-kira empat meter turut direnjis air mawar oleh tetamu.Sabri berkata, sejak berusia enam tahun beliau mula menangkap pelbagai spesies ular untuk dipelihara dan dijinakkan bagi tujuan persembahan di dalam dan luar negara.
Dalam tempoh berkenaan beliau berkata, kerap dipatuk ular senduk dan dirawat di hospital."Saya sudah biasa dengan ular dan memang niat saya untuk membawa ular sawa peliharaan atas pelamin apabila melangsungkan persandingan dengan Che Bashah yang sudah lama mengenali saya," katanya ketika majlis persandingan itu.Sementara itu, Che Bashah, 26, berkata, Sabri dikenalinya sejak kecil dan mereka mula jatuh cinta ketika usia remaja."Untuk membiasakan diri dengan ular peliharaan Sabri, saya sering ke rumahnya ketika masih bertunang dulu," katanya yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah butik pakaian.dan bermain dengan ular," katanya yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah butik pakaian di sini. Sabri berkata, antara negara yang pernah dilawatinya untuk mengadakan persembahan ular ialah Korea Selatan, Thailand dan Indonesia."Disebabkan sambutan menggalakkan, saya bercadang mengadakan persembahan di Korea Selatan sekali lagi pada Julai nanti," katanya yang turut memelihara buaya.
Sementara itu, Che Bashah, 26, berkata, Sabri dikenalinya sejak kecil dan mereka mula jatuh cinta ketika usia remaja."Untuk membiasakan diri dengan ular peliharaan Sabri, saya sering ke rumahnya ketika masih bertunang dulu dan bermain dengan ular," katanya yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah butik pakaian di sini.Katanya, ketika mula-mula memegang ular beliau takut tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang kerana haiwan peliharaan suaminya jinak dan tidak mencederakan sesiapa.Che Bashah berkata, jika diberi peluang, beliau akan bersama suami mengadakan persembahan ular sama di mana-mana saja.
SABRI dan isterinya bersama ular sawa seberat 30 kilogram pada majlis persandingan mereka di Tanjung Tokong, semalam. – Gambar oleh Fariz Iswadi
No comments:
Post a Comment