WASHINGTON - Imej mengagumkan yang menunjukkan angkasawan Neil Armstrong mendarat di bulan 40 tahun lalu disiarkan buat pertama kali oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Klip selama 50 saat itu menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo II dari sisi kanan.
Dia kemudian melangkah buat pertama kali di bulan.
Armstrong kemudian mengungkapkan ayat yang menjadi antara paling popular di dunia iaitu: "Itu merupakan satu langkah kecil untuk seorang lelaki...satu langkah gergasi untuk umat manusia."
Namun, sebelum Armstrong yang kini berumur 78 tahun membuat langkah bersejarah itu, dia berbual dengan bilik kawalan menerusi radio bagi memberitahu jaraknya dengan bulan.
Bilik kawalan NASA kemudian berkata: "Okey Neil (Armstrong), kami kini boleh melihat anda turun dari tangga."
Armstrong melangkah kaki di permukaan bulan pada 21 Julai 1969. - Agensi
No comments:
Post a Comment