Lenka menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu popularnya, Trouble Is A Friend, Don’t Let Me Fall, Dangerous & Sweet dan tidak lupa, The Show.
Ternyata, penyanyi berdarah campuran Czechoslovakia dan Australia ini bijak mencuri perhatian peminat tempatan kerana berusaha bercakap sepatah dua kata dalam bahasa Melayu seperti terima kasih dan apa khabar yang diselitkan dalam persembahannya.
Bagaimanapun, peminat bagaikan tidak puas dengan empat lagu yang didendangkan Lenka dan barisan pemuzik pengiringnya.
Untuk tidak menghampakan peminat, Lenka menyampaikan sebuah lagi lagu We Will Not Grow Old, sekali gus menutup tirai persembahannya.
Dia juga meminta peminat turut sama menyanyi dengannya pada baris korus lagunya,I Want My Money Back dan ini merancakkan lagi suasana.
Lenka turut menandatangani sesi autograf bersama peminat selepas persembahan berakhir.
Terdahulu, persembahan pembukaan Lenka menampilkan penyanyi tempatan, Amy Mastura dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Amy berkata, ia juga julung kalinya dia membuat persembahan pembukaan untuk artis antarabangsa.
Selain membuat persembahan pembukaan, Amy juga berpeluang mempromosikan lagu dari albumnya buat peminat.
“Walaupun hanya membuat persembahan pembukaan, saya tetap gembira kerana ia memberi peluang terbaik untuk saya memperkenalkan lagu baru saya.
“Dua lagu yang saya sampaikan hari ini adalah dari album terbaru, Langkah Dihatimu dan Lagu Happy,” katanya.
Amy berkata, dia juga mengenali Lenka menerusi dua anak perempuannya, Adriana, 8, dan Adalia, 4, yang juga peminat Lenka.
“Adriana dan Adalia yang banyak menonton persembahan Lenka di televisyen. Justeru, apabila berpeluang bertemu Lenka, saya juga membawa mereka bertemu Lenka, sekali gus mendapatkan autograf untuknya ketika sesi bersama peminat pada petang ini.
“Saya juga mengagumi Lenka kerana dia penyanyi yang berkebolehan bermain alat muzik. Maklumlah, bukan mudah menyanyi sambil membuat persembahan dengan alat muzik, tetapi Lenka berjaya melakukannya,” katanya.
Bagi Alif pula, dia berasa bangga kerana berpeluang membuat persembahan pembukaan pada siri promosi Lenka itu. Akuinya, ini juga kali pertama membuat persembahan pembukaan untuk penyanyi bertaraf antarabangsa.
“Sebagai artis muda, saya juga manfaatkan peluang yang diberikan syarikat rakaman sebaik mungkin. Selain sesi promosi Lenka, saya juga akan berada di Malaysia sehingga 9 Ogos ini untuk sesi temubual bersama media tempatan,” katanya.
Pada persembahan petang itu, Aliff menghiburkan peminat dengan dua lagu popularnya, Sayang-Sayang dan Stop.
Mengenai persembahan Lenka pula, Aliff berkata, penyanyi itu menampilkan persembahan yang cukup bertenaga pada petang itu.
“Memang genre muzik saya dan Lenka berbeza, tetapi muziknya yang segar itu mampu mencuri perhatian penggemar muzik sama ada di Malaysia mahupun di Singapura,” katanya.

No comments:
Post a Comment